Anda boleh menjemput/menambah ahli-ahli baharu ke kalendar dengan mengikuti langkah-langkah di bawah.
■iOS/Android
1. Pilih kalendar yang anda ingin menjemput orang lain dengan mengetik butang menu utama di bahagian kiri atas dari paparan kalendar.
2. Pilih butang senarai ahli di sudut kanan atas.
※Sebaliknya, jika anda melihat butang kaca pembesar, sila pilih tab [More] di bahagian kanan bawah.
3. Pilih "Jemput orang ke kalendar ini"
4. Pilih cara anda ingin menjemput ahli-ahli lain dan hantar jemputan kepada mereka ke kalendar anda. Setelah seseorang menyertai kalendar, anda dapat melihat nama mereka ditambah ke senarai ahli.
■Laman Web
1. Pilih butang senarai ahli, sambil memilih kalendar yang anda ingin menjemput orang lain.
2. Salin URL jemputan. 3. Kongsi URL melalui e-mel atau aplikasi 'messenger' untuk menjemput orang lain ke kalendar.
URL jemputan hanya sah selama 30 hari.