■ Buat akaun
Setelah memasang TimeTree, anda boleh log masuk / membuat akaun menggunakan alamat e-mel atau Facebook. Atau anda boleh menekan 'Langkau untuk memulakan'. Anda boleh membuat akaun untuk menyimpan kalendar dan acara anda kemudian walaupun anda memilih 'Langkau untuk memulakan'.
Setelah anda membuat akaun atau hanya masuk ke dalam aplikasi setelah membaca terma dan syarat erkhidmatan, anda akan menerima penjelasan ringkas tentang apa yang dapat anda lakukan dengan aplikasi tersebut.
Anda boleh memilih untuk melangkau peringkat ini dengan menekan butang "langkau" di sebelah kanan atas skrin. Apa sahaja yang anda pilih, selepas itu anda akan menerima pelbagai tips dan cadangan untuk mula berkongsi kalendar anda.
1. Kongsi kalendar
Di sini anda boleh berkongsi kalendar yang baru dibuat. Anda juga boleh melangkau peringkat ini.
Dari kiri ke kanan: E-mel, Facebook Messenger, Whatsapp
Sekiranya dialog jemputan berikut tidak muncul diperingkat awal, tekan "Lain-Lain/Tetapan" di paparan kalendar dan kemudian tekan "Jemput orang ke kalendar ini". Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk di sini.
Sekiranya anda ingin menjemput beberapa orang sekaligus, anda boleh membuat pautan jemputan dengan menekan anak panah di sebelah kanan.
2. Menyesuaikan kalendar anda
Anda boleh menyesuaikan kalendar anda dengan menukar Nama, gambar latar dan warna acara untuk kalendar tersebut. Anda boleh melakukannya dengan menekan "Lain-Lain/Tetapan" di sudut kanan bawah skrin dan menekan ikon roda gigi di sudut kanan atas skrin itu.
3. Import acara dari kalendar lain
Sekiranya anda sudah menyimpan acara ke kalendar OS anda seperti kalendar Google dan Outlook, anda boleh menyalinnya dan membawanya ke kalendar bersama dengan mudah.
Sekiranya anda ingin melakukannya, sila rujuk di sini
4. Periksa senarai ahli semasa di tab "Lain-Lain/Tetapan"
Tahniah! Anda telah selesai menyediakan tetapan kalendar anda sendiri. Anda kini boleh mula membuat acara.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami menggunakan borang hubungi kami.