Untuk memindahkan data yang ada ke peranti baru anda, anda mesti mendaftarkan akaun anda dengan e-mel dan kata laluan terlebih dahulu. Proses ini membolehkan anda menyimpan kalendar dan maklumat di pelayan TimeTree, sekaligus memudahkan pemindahan data antara telefon!
Untuk cara mendaftar akaun anda (jika belum) sila klik di sini!
Sekiranya anda sudah mendaftarkan akaun anda pada peranti lama anda, anda tidak perlu mendaftarkan akaun lagi. Cukup dengan log masuk ke peranti baru anda dengan akaun sedia ada (berdaftar), dan maklumat anda akan diselaraskan secara automatik dengan telefon lama anda!
Setelah anda mendaftarkan akaun anda, segala maklumat yang dimasukkan ke dalam kalendar dan akaun anda akan dipindahkan ke peranti baru anda secara automatik, setelah log masuk.
❖Hal yang juga berlaku ketika memindahkan ke / dari telefon bimbit dan versi web TimeTree. Cukup dengan log masuk ke TimeTree di mana-mana platform dengan butiran log masuk anda dan semua maklumat akan dipindahkan, jika akaun anda didaftarkan.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila hantarkan e-mel menggunakan borang 'hubungi kami' dalam aplikasi TimeTree.
Kata kunci: sandaran, pemindahan