Mendaftar akaun anda sangat digalakkan, kerana ia membolehkan anda menyimpan maklumat kalendar dan akaun anda dengan selamat di pelayan awan, menjadikannya mudah untuk diakses dari mana-mana peranti. Disamping itu, ia juga membantu orang untuk mengenal pasti anda apabila mereka menerima jemputan dari anda!
Terdapat tiga cara untuk mendaftar. Ikuti langkah di bawah untuk mendaftarkan akaun anda menggunakan kaedah ini.
- A. Daftar dengan alamat E-mel anda
- B. Daftar dengan Facebook
- C. Daftar dengan AppleID anda
A. Mendaftar dengan Alamat E-mel anda
Untuk mendaftarkan akaun anda menggunakan alamat e-mel, ikuti arahan berikut:
1. Buka menu sampingan dengan menekan tiga garis mendatar di sudut kiri atas skrin.
2. Tekan bahagian profil di bahagian atas menu
3.Pilih "Log Masuk atau Pendaftaran Akaun"
4. Masukkan Alamat E-mel dan Kata Laluan anda dan tekan "cipta Akaun" Pada ketika ini, e-mel pengesahan akan dihantar ke e-mel yang anda baru saja daftarkan. Sila periksa bahagian 'mel sampah' anda untuk e-mel ini jika anda tidak dapat mencarinya di e-mel biasa anda. Setelah anda menyelesaikan langkah ini, simbol seperti ini akan muncul pada peranti mudah alih anda bagi mengesahkan pendaftaran akaun:
5. Dari sini, Tekan "Edit" di sudut kanan atas untuk mengedit akaun anda, dengan mengemaskini gambar profil, hari jadi, dll.
★ Sekiranya anda tidak menerima e-mel pengesahan, sila klik di sini.
B. Mendaftar dengan Facebook
Semasa memulakan TimeTree, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan akaun Facebook anda untuk log masuk, dan proses itu semudah menekan "Log masuk dengan Facebook" ketika anda pertama kali memulakan aplikasi.
Namun, jika anda adalah pengguna sedia ada dan ingin menggunakan Facebook anda untuk mendaftarkan akaun, anda juga boleh melakukannya.
1. Buka menu sampingan dengan menekan tiga garis mendatar [image] di sudut kanan atas skrin.
2. Pilih bahagian profil di bahagian atas menu
3. pilih "Sambung dengan Facebook" dan ikuti arahan untuk memautkan akaun anda
Apabila anda menghubungkan akaun TimeTree dengan Facebook, maklumat anda tidak muncul di garis masa Facebook anda.
❖ Untuk memutuskan sambungan Facebook, ikuti langkah berikut:
1. Log masuk dengan alamat e-mel yang dihubungkan dengan akaun facebook
2. Tekan tiga garis mendatar [image]di sudut kiri atas skrin
3. Buka menu profil dengan memilih bahagian profil di bahagian atas menu
4. Tekan bahagian "Facebook" dan ikuti arahan untuk memutuskan akaun dari Facebook.
C. Mendaftar dengan AppleID
Semasa and mula-mula menggunakan TimeTree, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan akaun AppleID anda bagi tujuan log masuk, dan proses itu semudah menekan "Log masuk dengan Facebook" ketika anda pertama kali memulakan aplikasi.
Sekiranya anda adalah pengguna sedia ada dan di kemudian hari anda ingin menggunakan AppleID bagi mendaftarkan akaun anda, anda juga boleh melakukannya.
1. Buka menu sampingan dengan menekan tiga garis mendatar di sudut kiri atas skrin.
2. Ketuk bahagian profil di bahagian atas menu
3. Pilih "Sambung dengan Apple" dan ikuti arahan untuk memautkan akaun anda
❖ Untuk memutuskan sambungan AppleID anda, ikuti langkah berikut:
1. Log masuk dengan alamat e-mel yang dihubungkan dengan akaun AppleID
2. Tekan tiga garis mendatar di sudut kiri atas skrin
3. Buka menu profil dengan memilih profil di bahagian atas menu
4. Tekan bahagian "Apple" dan ikuti arahan untuk memutuskan akaun dari Facebook.