Kadang-kadang, di skrin utama peranti anda, mungkin terdapat titik merah kecil yang terletak di sudut atas ikon aplikasi TimeTree. Sekiranya ikon ini masih ada titik merah setelah anda membuka aplikasi, selalunya ia disebabkan terdapat maklumat aplikasi yang masih belum dibaca.
Untuk membersihkan lencana notifikasi daripada titik merah itu, ikuti arahan ini.
- Buka menu dengan menekan 3 garis mendatar di sudut kiri atas
- Tekan tab "notifikasi" di tengah-tengah tiga pilihan di bahagian atas menu dan bersihkan daripada sebarang notifikasi.
3.Leret ke kiri dua kali untuk ke halaman yang mengandungi acara bersama anda. Di bahagian atas halaman ini pilih "Peti Masuk" dan kosongkan peti masuk anda daripada sebarang notifikasi.
Sekiranya anda masih menghadapi masalah membersihkan notifikasi anda, sila rujuk halaman bantuan lain yang dikhaskan untuk masalah serupa, yang terdapat di sini.