TimeTree berfungsi dengan kalendar Google / Apple / Outlook. Ini juga dikenali sebagai kalendar OS.
Terdapat dua cara untuk memaparkan kalendar lain di TimeTree:
1. Menyelaraskan kalendar lain ke TimeTree
2. Import jacara kalendar lain ke TimeTree
1. Selaraskan kalendar lain ke TimeTree
TimeTree mempunyai bahagian yang memaparkan beberapa kalendar berlabel " Semua Kalendar/Jadual Saya". Anda juga boleh menyelaraskan kalendar anda yang lain ke TimeTree dengan menggunakan fungsi ini. Anda boleh memilih kalendar mana yang anda ingin lihat dalam paparan ini. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai "Semua Kalendar/Jadual Saya", tekan di sini.
2. Import acara kalendar lain ke TimeTree
Dengan mengimport kalendar OS ke dalam kalendar TimeTree, anda dan ahli kalendar bersama dapat melihat, mengedit, dan menghapus acara untuk memenuhi keperluan semua orang. Lebih banyak mengenai pengimportan di sini.
Penyelarasan dari kalendar TimeTree ke OS tidak dapat dilakukan buat masa ini.
Jadual yang dimasukkan ke TimeTree tidak akan dikemaskini secara automatik dalam kalendar OS
Anda boleh menggunakan fungsi salin untuk menyalin acara dari TimeTree ke kalendar OS, tetapi ini hanya dapat dilakukan satu persatu