Terdapat pelbagai pilihan tetapan notifikasi dalam TimeTree.
Notifikasi dapat dihidupkan atau dimatikan bagi melengkapkan pengalaman TimeTree anda.
1. Notifikasi Acara
Notifikasi boleh ditetapkan untuk menghantar peringatan kepada anda berkenaan acara yang akan datang. Apabila waktu telah ditetapkan, semua anggota kalendar akan menerima notifikasi untuk acara tersebut.
Untuk maklumat mengenai cara menetapkan notifikasi untuk acara tertentu, sila rujuk halaman bantuan kami di sini.
2. Notifikasi Kalendar
Dengan menghidupkan dan mematikan notifikasi kalendar, anda dapat memilih untuk menerima atau tidak maklumat kemas kini setiap acara yang melibatkan sebarang perubahan, termasuk acara yang telah dipadamkan dari kalendar tertentu.
Anda juga dapat memilih untuk menerima pemberitahuan hanya daripada acara yang akan anda hadiri. (Tersedia untuk Android 6.9.1 dan iOS 6.14.0 ke atas)
Arahan:
Tekan tiga garis mendatar di sudut kiri atas aplikasi
Pilih kalendar yang anda mahu senyapkan / aktifkan notifikasi
Tekan "Lain-Lain/Tetapan" di sebelah kanan bawah skrin
Pilih "Tetapan Pengguna"
Tetapkan "Terima notifikasi daripada Kalendar ini" mengikut keperluan anda.
❖ Mematikan notifikasi kalendar tidak mempengaruhi kemampuan anggota lain untuk menerima notifikasi.
3. Notifikasi Aplikasi
Daripada tetapan Aplikasi TimeTree, anda dapat mematikan beberapa tetapan notifikasi. sila ikut langkah berikut :
Tekan tiga garis mendatar di sebelah kiri atas skrin
Pilih "Tetapan aplikasi"
Dari sini anda boleh menukar:
Notifikasi Aplikasi: Semua notifikasi daripada TimeTree
Notifikasi kalendar OS: Notifikasi acara dari kalendar di luar TimeTree
Notifikasi harian : Agenda harian yang merangkumi semua acara pada hari tersebut yang kami hantarkan notifikasi kepada anda mengikut waktu yang anda pilih, dan masa notifikasi ini muncul di telefon anda. Untuk maklumat mengenai cara mematikannya, sila klik di sini.
❖ Untuk cara menghapus penanda notifikasi dari ikon aplikasi, sila klik di sini.
❖ Untuk cara menghapus notifikasi berbentuk titik merah dalam aplikasi TimeTree, sila klik di sini.